Friday, 30 December 2011

perasaanku

entah kenapa sekarang nie perasaanku bercelaru dan macam-macam rasa yang ada..sedih,takut,sunyi semua itu. sejak pertama kali masuk kembali aku berasa seperti itu. sampai bilakah perasaan itu akan hilang?? diriku tiada tempat untuk luahankan. kepada mak n abah nnt mereka pening tentang masalah n perasaan ku tadi. kepada abang n akak kandung memang tidak la.. kepada abang n akak yang lagi 1 tu mereka selalu busy sehingga menyebabkan diriku tak tergamak nak menganggu mereka. diriku semakin sunyi sejak mereka busy sekarang ini.. diriku amat merindui mereka berdua sewaktu kami ber chatting atau bergurau senda tapi semua itu tiada lagi. entah kenapa seakan semua itu semakin jauh...jauh...dan jauh... walaupun jarang berjumpa dan bertegur tapi setiap kali mesti akan mengikuti perkembangan mereka.. nak tegur pun kadang kala takut menganggu mereka..mungkin disebabkan sudah lama berhubung dan sekarang makin kurang buat diriku rasa begini. tapi aku begitu tidak suka perasaan ini...


p/s : rindunya mereka berdua. tapi apakan daya kan..kadang kala jeles pun ade tapi apa nak buat sabar saja la...so sampai disini saja lah coretanku..

coretan : luahan seseorang

Friday, 4 November 2011

hati

hatiku kini kosong..tanpa rasa gembira,sedih,suka mahupun sayang, sayang kepada kepada kawan-kawan,sayang kepada akak-akak and abang. yang tinggal hanya la sayang kepada family. luaran saja nampak ok tapi hati? hanya diriku yang tahu. selepas apa yang terjadi, hatiku jadi kaku tanpa sebarang perasaan. aku rasa macam tak ada apa-apa di dalamnya. selepas apa yang terjadi, disebabkan oleh kawan-kawan yang kadang kala menyakitkan hati setelah beberapa kali selepas bersabar membuatkan hilang rasa itu semua. mereka seolah-olah meletakkan semua kesalahan ke atasku. aku hanya insan biasa selalu cuai dan buat salah. itu x bermakna semua kesalahan harus diletakkan kepada ku? diriku tak ada tempat untuk luahkan juga sudah tiada disampingku..agak terasa kadang kalai..


coretan: luahan seseorang

Friday, 28 October 2011

Disaat diriku memerlukan kehadiranmu disisi,dirimu tiada disampingku.betapa perit aku rasa apabila diperakukan sebegini rupa..tidakku sangka selama ini ramai tidak suka akan diriku..aku x minta semua ini..pada siapa boleh aku luahan apa yang tersirat di hati ini??pada kawan-kawan nnt aku akan disalah anggap lagi..pada family semestinya tidak..nanti akan timbul pergaduhan antara kawan-kawanku dgn kak n abang kandungku. Pada abang angkat,dia ade kehidupan dia sendiri dan x akan berada disampingku selalu walaupun aku amat memerlukan nasihan dari si dia.. pada kakak yang rapat padaku,yang sering aku luahkan masalah juga selalu sibuk dengan aktiviti dia tersendiri jadi x nak la kacau dia mahupun abang angkatku. Aku dah tidak tahu nak luahkan pada sesiapa. Hampir setiap malam aku memikirkan apa salah aku sampai mereka sanggup buat aku begini. Semua orang ada wat salah so jangan la nk hokum aku sebegini rupa. Semua keburukan yang ada kat hampa x pernah aku katakan dengan sebegitu rupa. Walaupun hampa layan aku buruk tapi aku tetap layan hampa ok. Sakit hati macam mana pun aku still nak kawan dengan hampa tapi macam nie hampa buat kat aku. X sangka sungguh sampai mcm nie sekali hampa layan aku.. sedih hati ini tiada tempat untuk luahan perasaan sedih,sakit hati dan sebagainya. Sapa yang boleh tolong aku saat ini?? Tak kan tiap2 malam aku perlu menanggung perasaan ini??

Ya allah tolong la diriku..sakit sungguh rasanya hati ini..berikan petunjuk kepadaku agar keluar dari masalah ini..

coretan: luahan hati seseorang

Sunday, 2 October 2011

kenapa mereka suka menguji kesabaranku??

lama sudah rasanya x update..banyak benda yang menyakitkan hati terjadi disebabkan kawan-kawan disini.. banyak kali aku terpaksa bersabar dengan mereka..kena jaga hati mereka tapi hatiku sapa nak jaga?? si dia pernah berkata kena banyak bersabar dengan sume yang terjadi.diriku banyak mengingati pesanan si dia..antara kes yg terjadi ialah kes fon..org kasi pinjam dia wat hal.. padahal dh pesan berpuluh kali still buat..then pasal hal apa pun sepatutnya jln cerita lain dia kata lain.. ade ke nak tangguh kenduri tahlil sebabku... ingat kenduri kawin diriku ke?klu yg tu x pe ar tangguh..ntah pape..tu org kata buat x nk fikir..mcm nak kerat2 lempar kat buaya kat zoo tu ja...then  selain tu, adekah disebabkan x nak bergambar di anggap x kawan sume orang??falsafah mana bdk tu pakai x tau la..tension2.. sekurang-kurangnya x bergambar dgn kwan2 tu lagi baik dari bergambar berdua-duaan dgn boyfrenz korang yang bukan muhrim tu..duk ramai2 smpai berlaga sana sini..bergambar tanpa tudung...mana lagi dosa??bukan semua manusia di muka bumi ini suka bergambar n berposing gila x kena tempat mcm awak n lain2 tu...len kali nak cakap tu tengok ar diri sendiri dlu. jangan ikut sedap mulut je..

p/s: len kali sebelum buat or cakap sesuatu benda tu tnya dlu or fikir dlu. jangan cakap or buat sesuka hati.. kata orang dia yg lebih.. kau ingat kau bagus sgt...

coretan:luahan seseorang...

Thursday, 1 September 2011

ntah kenapa hanya di sini aku luahkan rasa sedeyku.. tidak di sana..aku rasanya lebih selesa luahkan apa yang tersirat yang begitu sedih dan membuatkan aku menangis.. bulan ramadhan ini banyak bagi cabaran kepadaku..aku jd semakin cepat marah, sedih dan terasa..x tahu kenapa... kenapa jadi begini??sedangkan dahulu tidak begini.aku lebih sukakan diriku yang dahulu.. senang, x sakit hati, semuanya ok. tapi tidak berbanding sekarang.. semua berubah sama sekali.. smpaikan saat ini aku masih terasa air mata yang ingin mengalir dari mataku..tidak tahu kenapa.. hati berasa begitu sedih tanpa tahu puncanya.. wahai hati kenapakah engkau berasa begini?? tolonglah bgtahu sebabnya.. aku sudah penat untuk ceritakan kepada orang lain..mereka juga ade kehidupan masing-masing jd kenapa aku mesti paksa mereka layan aku?kadang kala aku rasanya yang aku nie pentingkan diri..menganggu kehidupan orang sahaja...wahai hati tolonglah kawal diriku ini dari menganggu orang.. kadang kala aku rasanya yang mereka juga rimas denganku tapi tidak mereka nyatakan.

p/s:lambat post sebab x beraoa free..
coretan: luahan hati

Tuesday, 19 July 2011

perasaanku

Entah kenapa hatiku resah hari nie??? Tanya diri sendiri masih x ada jawapan yangku dpat.. tertiba rasa kesunyian walaupun ade roommate  dlm 1 bilik or ramai yang ade dekat denganku, ku masih lagi rasa sunyi…selain tu rasa takut mula menjelma.. takut mcm kehilangan tapi aku x tahu kehilangan apa.. bila difikirkan mesti aku akan berasa sedey dan ingin mengalirkan air mata tanpa di pinta.. selalunya aku akan cari orang itu.. memandangkan ia sibuk, apakan daya,…terpaksa la ku luahkan disini kerana x nak ganggu yang lain-lain lagi.. cukup la aku sudah bagi banyak masalah kepada mereka..  kadang kala aku sering marah diriku kerana sering ganggu mereka sedangkan mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri…aku rasanya diriku nie banyak menyusahkan orang disekelilingku tanpa ku sedari.. bagaimana aku nak mengubahnya?? Ada sesiapa yang sudi tolong diriku ini?? Bila dipikirkan masalah ini mesti nak nangis tmbh2 bila tiba waktu mlm.. oleh itu bagi hilangkan perasaan nie aku cuba dgn baca novel or wat apa yang patut tp apabila x ada apa yang dibuat mesti air mata ini mengalir..

p/s: sesiapa yang suci tlg la bantu ku..
coretan: luahan hatiku...

Thursday, 26 May 2011

entah kenapa aku terasa dengan jawapan yang diberikan???urm sabar je la..
ingat peringatan yang lalu...jangan ganggu dia lagi...mungkin ade wat salah dengan dia...





coretan luahan hati seseorang..

Wednesday, 25 May 2011

kenapa ini yg terjadi tanpa dipinta??

sori for that..x bermaksud begitu sekali..mesti terasa banyakkn dengan diriku ini??just tell me the truth..mmg x bnyk post tntg dirimu..x sengaja..itu saja..





p/s..sori again..

coretan luahan hati seseorang

Tuesday, 10 May 2011

terima kasih kerana hadir dalam hidupku!!

kenapa aku perlu menganggu dan bergantung kepada mereka sangat sehingga kacau hidup mereka??? sedangkan tahun-tahun sebelum nie mereka masih belum wujud dalam kehidupanku??bila dipikirkan memang tidak patut aku menganggu mereka..semua orang ada kehidupan sendiri so lps nie x perlulah membebani mereka lagi... ingat tu wahai hatiku...biarlah mereka bahagia..merestui lah kehidupan mereka..walaupun mereka penting dalam hidupku memadailah aku selalu ingat mereka selalu..sebelum wujudnya aku di sisi mereka,kami mempunyai kehidupan tersendiri..cukuplah apa yang mereka dh buat selama ini untuk diriku.."wahai hati, tolonglah tabah dan jangan lagi kacau mereka selalu seperti yang telah dikau pinta sebelum ini..cukuplah segala yg engkau telah dapat..kasih sayang dari seorang abang n kakak yang baru kau kenali dalam hidup ini."biarlah mereka dengan kehidupan mereka..selagi daya akan ku penuhi hasrat n memberi mereka ruang.."ingat wahai hati,JANGANLAH KACAU MEREKA LAGI.mereka memerlukan kehidupan mereka kembali.kehidupan seperti sebelum mengenalimu"mungkin ini yang terbaik buat masa sekarang..

untuk kakakku yang sering melayan karenahku sepanjang pengenalan kita selama hampir setahun perkenalan kita tanpa diduga kita menjadi semakin rapat..teringat lagi sewaktu mula kita berkenalan..lekok tapi sekarang rapat..terima kasih kerana sudi melayan diriku ini tanpa rasa penat(rasanya la) dan curahkan pelbagai nasihat, selalu ada ketika sedey dan selalu dengaq rahsia n cerita wani..terima kasih x terhingga..mintak maaf sekiranya ada wat salah..terkasar bahasa n terguris hati kakakku seorang ini..maaf juga kerana selalu menganggu waktumu tanpa disedari..apa yang diriku berikan tak dapat dibandingkan dengan apa yg akak telah berikan..

untuk abangku yang sorang nie...terima kasih kerana sudi terimaku sebagai adikmu dan sudi melayan karenahku yg berlebihan(mungkin). sudah hampir dua tahun perkenalan kita dan hampir setahun lebih menjadi adikmu kadang kala masih belum cukup mengenali satu sama lain..adik(guna gelaran sebab x nk letak nama) tahu yang abang juga mempunyai adik kandung tapi masih menerima diriku...walaupun jarang cerita masalah dekat abang tetapi nasihat yang abang berikan masih disimpan sehingga sekarang dan kadang kala menjadi peneman dikala kesunyian. maaf kerana selalu menganggu, menyakitkan hati,terkasar bahasa dan banyak lagi.. biasalah dirumah dengan kakak n abg kandung pun cara percakapan kasar dan maaf sekiranya menguris hati..maaf kerana selalu beremosi dan marah tanpa sebab kerana masih tidak tahu kenapa jadi begitu.. terima kasih kerana sering ingat pada adikmu yang seorang nie..terima kasih atas nasihat-nasihatmu..sekali lagi maaf untuk segala-galanya..

p/s:kawan-kawan tempat belajaqku mungkin menyatakan yang aku terlalu obses denga mereke sehinggakan meletak gambar mereka sebagai background dekstop.. kawan-kawan kelasku yang rapat sapa x kenal dengan abangku n kakakku yang sorang nie.. pegi tanya mesti depa tahu punya.. bagi aku tu sume bukan obses tetapi aku selalu ingatkan mereka dan merindui mereka kerana jarang berhubung..mereka ibarat abang n kakak kandungku.mereka ambik berat lebih dari abg n kak kandungku..(walaupun my sis selalu jaga..huhu).. ntah kenapa sepanjang perkenalan aku dengan mereka berdua boleh dikatakan sedikit mengubah hidupku.. x malu aku katakan yang AKU SAYANGKAN MEREKA BERDUA..dan utk sekian kalinya mintak maaf dan Terima kasih kerana berada di sini..

sekian...
coretan luahan hati seseorang..
entah kenapa sekarang aku lebih suka terperap dalam bilik...sering rasa sedey tanpa dipinta..bagaikan aku keseorangan tanpa teman..aku rasakan seakan-akan semua yang rapat denganku semakin jauh..tidak tahu kenapa aku merasakan begini..di sini la aku luahan segala rasa sedeyku..betui kata orang apabila masa itu berubah maka keadaan sekelilingnya juga berubah..begitu juga dengan manusia..aku cuba untuk memuaskan hati semua orang tapi siapa yang akan tolong memuaskan hatiku???aku paham yg semua orang busy akan tetapi aku merasakan seolah-olah mereka cuba mengelak dariku..adakah perangai ku begitu teruk melayan orang?? selama nie apa orang kata aku just pendamkan sahaja tapi sampai bila aku nak pendamkan ini semua??aku jugak punya perasaan dan aku juga hanya manusia biasa..sapa yang tak wat salah dalam dunia nie??kadang kala aku tahu sikapku mungkin menyakitkan hati orang tapi nk buat mcm mana,walaupun aku cuba kawal tapi kadang kala akan terlepas jua...kadang kala aku hanya hendak tolong orang tapi balasan yang aku terima sangat la perit..dan aku dituduh macam-macam sedangkan aku hanya hendak menolong..kenapa hal ini sering terjadi kepadaku?? aku juga memerlukan seseorang utk menemaniku ketika sedey ini..aku nk harapkan sapa???sapa yang sudi temankan aku?? abg angkat yg selalu bz??kakak yg banyak menemaniku sepanjang pengenalan kami yang masih baru?? aku x mahu bebankan mereka dengan masalah aku lagi..cukup-cukup la aku kacau mereka bila sibuk, aku kacau depa untuk dengar masalah aku yang mungkin bebankan mereka..sedangkan mereka mempunyai hidup masing2... kalau nk kata hidup aku susah tu x la.. senang pun x jugak tapi aku merasakan kawan-kawan yang dahulu banyak mengelak dariku...

disinilah tempat aku lepaskan kesedihan..aku cipta blog nie tanpa pengetahuan orang tapi kalau ade yg terjumpa tu kira nasib la..aku seboleh-bolehnya x nak membebankan mereka lagi dengan masalah-masalahku nie..biarlah aku mencoret segala kesedihan disini..

coretan luahan hati seseorang...

Thursday, 5 May 2011

entry pertama

entah kenapa diriku merasa mcm ini?? sukar nk dikatakan.cepat sungguh terasa..teringat kata-kata seseorang."perasaan waktu meningkat remaja. x apa". kadang kala aku selalu ingatkan diriku dengan nasihatnya. tp kali ini mungkin aku benar-benar terasa dengan mereka.tapi aku x mahu bebankan mereka dengan perasaanku yg entah apa-apa ini.aku sudah menganggap mereka seperti abang n kakak ku sendiri. setiap masa aku ingatkan mereka..sehinggakan aku rasa aku nie selalu je kacau mereka. ntah kenapa begini yang selalu terjadi. oleh itu, aku wujudkan blog nie tanpa pengetahuan sesiapa..biarlah blog ini menjadi rahsia.aku x mahu hebohkan tapi kalau mereka jumpa juga x tahu hendak katakan apa lagi...aku rasakan yang aku banyak menyusahkan mereke sepanjang perkenalan kami selama ini.. mungkin kerana aku hanya ingin jaga perasaan semua orang termasuk diriku...ketika sedih aku cuba lindungkan dengan kata-kata seperti keadaanku biasa..ketika sedih sering aku mengalirkan air mata akan tetapi tidak ku ceritakan kepada sesiapa sekiranya kritikal baru aku akan mencari mereka..

p/s : apa yang harus ku lakukan untuk mengatasi masalah ini???

coretan luahan hati seseorang