Tuesday, 25 February 2014

tertiba merinduinya...rindu akan waktu berborak dengannya....rindu waklu keluar dengannya... ntah kenapa tiba-tiba sahaja....diri ini tahu akan kesibukkan dirinya sebab itu malas nak menganggu...tertiba saja rindu dan teringat kisah dahulu...harap-harap dirinya sentiasa sihat selalu di sana...



p/s: siapakah yang dimaksudkan....hanya diri ini sahaja tahu...semoga sukses untuk dia...



coretan perasan tertiba merinduinya...

sekian...

Sunday, 24 February 2013

tertiba

lama x update disini...diriku ingat sudah tiada duka untuk diluahkan tapi apabila di ungkit oleh mereka tertiba rasa sedih dan sebak.. selama ini aku x endahkan perasaan sendiri dan sentiasa lupakan saja rasa yang terbuku di hati.. tapi entah kenapa malam ini rasa sebak apabila memikirkan semua itu kembali.. rasa tersisih oleh mereka di sini..apa-apa saja semua hanya mereka saja yang tahu. diriku selalu rasa x sesuai nak berada dikalangan mereka apabila mereka berbicara..kesudahannya diriku hanya menyepi di bilik. pernah seseorang itu bertanya adakah diriku ini dibuli? untuk soalan itu diriku pun x tahu jawapannya.. banyak perkara di simpan dalam hati sehinggakan kadang kala aku tension dengan semua ini.. kalau ada pun hanya seorang dua yang ambil peduli apa yang aku buat, dah makan ka dan lain-lain.. memang aku sedari sejak dari semester lepas-lepas aku dipinggirkan tetapi aku buat x tahu saja sebab waktu itu ade roomate yang baik dan sentiasa layan diri ini ketika terpinggir dan sekarang tiada lagi semua itu. memang saat ini aku terasa sangat dengan mereka. nak luahkan pada siapa???diri ini x tahu...sekarang rasanya air mata ini akan gugur pada bila-bila masa tapi diriku cuba sampaikan... Ya Allah tolong la kuatkan hariku ini...sesungguhnya aku sedih sangat saat ini...





p/s : aku harapkan perasaan ini akan pergi buat selama-lamany..


coretan : luahan hati seseorang...

Friday, 27 April 2012

wahai hati.....

wahai hati...kenapa perlu rasa begini?? adakah kerana bimbang kerana exam??? rindukan mereka?? atau terasa dengan sikap si dia seorang tu?? wahai hati cuba la katakan kenapa harus rasa begini??? muram....x selesa...kadang kala rasa sedih...x suka akan perasaan begini.. pada siapa harus diri ini luahkan???? pada abang, kakak-kakak yang selalu busy atau kawan-kawan yang kadang kala diwaktu senang sahaja ada...x suka...x suka... x suka apabila hati begini... selalu tengok page mereka kadang kala rasa gembira tengok mereka..kadang kala sedih sebab lama x berhubung.. kadang kala rasa terpinggir oleh mereka... apabila melihat kembali pesanan-pesanan hp or fb yang lama boleh fikir saat yang best tu tapi sekarang??? hanya disini lah mampu diri ini luahkan.. terasa dengan mereka itu kadang kala ada la jugak tapi kadang kala setiap komen yang diberi tidak ada respone maybe x sesuai or memang mereka malas nak layan..so diri ini rasa kecewa dan memadam komen yang dikomen sebelum-sebelum ini.. mungkin meningkat dewasa makin terasa dengan benda yang hanya kecil bagi mereka...bilalah perasaan ini akan hilang??? ya allah tolong lah... buang rasa tak sedap hati nie.. tak suka akan perasaan ini...walau apa pun selagi boleh akan diri ini tak nak ceritakan kepada mereka..biar mereka sendiri yang sedar malas nak kacau mereka dengan masalah mengenai diri ini...

p/s:wahai sang hati tenang la hatimu..diri ini tak nak rasa begini lagi... biar la ini saat terakhir terjadi... kuatkan hatimu dan keraskan hatimu supaya tidak cepat terasa akan semua ini..

sekian..

coretan : luahan seseorang

Friday, 30 December 2011

perasaanku

entah kenapa sekarang nie perasaanku bercelaru dan macam-macam rasa yang ada..sedih,takut,sunyi semua itu. sejak pertama kali masuk kembali aku berasa seperti itu. sampai bilakah perasaan itu akan hilang?? diriku tiada tempat untuk luahankan. kepada mak n abah nnt mereka pening tentang masalah n perasaan ku tadi. kepada abang n akak kandung memang tidak la.. kepada abang n akak yang lagi 1 tu mereka selalu busy sehingga menyebabkan diriku tak tergamak nak menganggu mereka. diriku semakin sunyi sejak mereka busy sekarang ini.. diriku amat merindui mereka berdua sewaktu kami ber chatting atau bergurau senda tapi semua itu tiada lagi. entah kenapa seakan semua itu semakin jauh...jauh...dan jauh... walaupun jarang berjumpa dan bertegur tapi setiap kali mesti akan mengikuti perkembangan mereka.. nak tegur pun kadang kala takut menganggu mereka..mungkin disebabkan sudah lama berhubung dan sekarang makin kurang buat diriku rasa begini. tapi aku begitu tidak suka perasaan ini...


p/s : rindunya mereka berdua. tapi apakan daya kan..kadang kala jeles pun ade tapi apa nak buat sabar saja la...so sampai disini saja lah coretanku..

coretan : luahan seseorang

Friday, 4 November 2011

hati

hatiku kini kosong..tanpa rasa gembira,sedih,suka mahupun sayang, sayang kepada kepada kawan-kawan,sayang kepada akak-akak and abang. yang tinggal hanya la sayang kepada family. luaran saja nampak ok tapi hati? hanya diriku yang tahu. selepas apa yang terjadi, hatiku jadi kaku tanpa sebarang perasaan. aku rasa macam tak ada apa-apa di dalamnya. selepas apa yang terjadi, disebabkan oleh kawan-kawan yang kadang kala menyakitkan hati setelah beberapa kali selepas bersabar membuatkan hilang rasa itu semua. mereka seolah-olah meletakkan semua kesalahan ke atasku. aku hanya insan biasa selalu cuai dan buat salah. itu x bermakna semua kesalahan harus diletakkan kepada ku? diriku tak ada tempat untuk luahkan juga sudah tiada disampingku..agak terasa kadang kalai..


coretan: luahan seseorang

Friday, 28 October 2011

Disaat diriku memerlukan kehadiranmu disisi,dirimu tiada disampingku.betapa perit aku rasa apabila diperakukan sebegini rupa..tidakku sangka selama ini ramai tidak suka akan diriku..aku x minta semua ini..pada siapa boleh aku luahan apa yang tersirat di hati ini??pada kawan-kawan nnt aku akan disalah anggap lagi..pada family semestinya tidak..nanti akan timbul pergaduhan antara kawan-kawanku dgn kak n abang kandungku. Pada abang angkat,dia ade kehidupan dia sendiri dan x akan berada disampingku selalu walaupun aku amat memerlukan nasihan dari si dia.. pada kakak yang rapat padaku,yang sering aku luahkan masalah juga selalu sibuk dengan aktiviti dia tersendiri jadi x nak la kacau dia mahupun abang angkatku. Aku dah tidak tahu nak luahkan pada sesiapa. Hampir setiap malam aku memikirkan apa salah aku sampai mereka sanggup buat aku begini. Semua orang ada wat salah so jangan la nk hokum aku sebegini rupa. Semua keburukan yang ada kat hampa x pernah aku katakan dengan sebegitu rupa. Walaupun hampa layan aku buruk tapi aku tetap layan hampa ok. Sakit hati macam mana pun aku still nak kawan dengan hampa tapi macam nie hampa buat kat aku. X sangka sungguh sampai mcm nie sekali hampa layan aku.. sedih hati ini tiada tempat untuk luahan perasaan sedih,sakit hati dan sebagainya. Sapa yang boleh tolong aku saat ini?? Tak kan tiap2 malam aku perlu menanggung perasaan ini??

Ya allah tolong la diriku..sakit sungguh rasanya hati ini..berikan petunjuk kepadaku agar keluar dari masalah ini..

coretan: luahan hati seseorang

Sunday, 2 October 2011

kenapa mereka suka menguji kesabaranku??

lama sudah rasanya x update..banyak benda yang menyakitkan hati terjadi disebabkan kawan-kawan disini.. banyak kali aku terpaksa bersabar dengan mereka..kena jaga hati mereka tapi hatiku sapa nak jaga?? si dia pernah berkata kena banyak bersabar dengan sume yang terjadi.diriku banyak mengingati pesanan si dia..antara kes yg terjadi ialah kes fon..org kasi pinjam dia wat hal.. padahal dh pesan berpuluh kali still buat..then pasal hal apa pun sepatutnya jln cerita lain dia kata lain.. ade ke nak tangguh kenduri tahlil sebabku... ingat kenduri kawin diriku ke?klu yg tu x pe ar tangguh..ntah pape..tu org kata buat x nk fikir..mcm nak kerat2 lempar kat buaya kat zoo tu ja...then  selain tu, adekah disebabkan x nak bergambar di anggap x kawan sume orang??falsafah mana bdk tu pakai x tau la..tension2.. sekurang-kurangnya x bergambar dgn kwan2 tu lagi baik dari bergambar berdua-duaan dgn boyfrenz korang yang bukan muhrim tu..duk ramai2 smpai berlaga sana sini..bergambar tanpa tudung...mana lagi dosa??bukan semua manusia di muka bumi ini suka bergambar n berposing gila x kena tempat mcm awak n lain2 tu...len kali nak cakap tu tengok ar diri sendiri dlu. jangan ikut sedap mulut je..

p/s: len kali sebelum buat or cakap sesuatu benda tu tnya dlu or fikir dlu. jangan cakap or buat sesuka hati.. kata orang dia yg lebih.. kau ingat kau bagus sgt...

coretan:luahan seseorang...